1. Latihan buang AirMacamana nak melatih kucing korang dari membuang Najis di merata tempat kepada tertib Toilet..
Melatih dengan cara saya melatih kucing-kucing saya..
Dari kecil adalah lebih mudah untuk mengajar. Saya melatih dengan cara mengurung mereka didalam toilet pada waktu malam ketika mahu tidur..
kesian kan..???
Jadi, saya sediakan satu towel tebal yang kering untuk dia baring-baring dan tidur..Tak lah sejuk.
Saya juga melepaskan mereka diruang tamu ketika bekerja..supaya mereka lebih selesa dan seronok dengan keluasan ruang tamu saya.
Jika anda dirumah, alert dengan sikap mereka..kalau dah nampak macam nak buang air je tu...silalah angkat dan masukkan mereka dalam toilet..kalau yang tak selesa kongsi toilet dengan kucing..sediakan pasir untuk mereka yang menyerap bau busuk..
2. Latihan untuk makan makanan yang betul.
Saya melatih mereka untuk tidak mencuri makan di dapur atau di pinggan ketika kita makan.
Saya melatih dengan cara, makan bersama mereka. ketika kita makan, haruslah memberi makan juga kepada mereka.di waktu itu mereka tidak akan mengganggu kita lagi kerana sibuk memakan makanan mereka..
sesekali berikan mereka ruang untuk merasa makanan bersama kita.okey..saya memang ada aktiviti makan dari mulut ke mulut dengan anak-anak saya..
3. Melatih mereka tidur pada waktu yang betul..
Saya melatih dengan cara tidak membenarkan mereka tidur pada waktu yang sepatutnya.
Seperti: Jika saya dirumah, saya akan kejutkan mereka ketika tidur pada waktu yang tak sepatutnya.
erm..jahatkan..??tapi ini akan membantu mereka untuk memiliki waktu tidur yang sama dengan kita dan waktu makan yang betul.
4.Waktu makan TeraturBerikan mereka makan mengikut sukatan dan minuman mengikut sukatan dan pada waktu yang betul. Jika anda se-hyper saya..?Anda selalu tiada dirumah kan..??jadi dengan latihan macam ni..tanpa kita juga mereka tahu makan pada waktu yang betul.
Sekian tips kali ini..


2 comments:
mengunjungi dan menggegarkan blog anda!
referal dari blog abg ben=)
nice blog, keep moving;)
blog apisv2
Thank you apisv2...
Actually ni blog yang ke dua..
Btw..thanx a lot..
Post a Comment