Hah..da tersangkut...buat muka kesian...dan...Bonda dah mula gelabah..
**okeh..bonda memang selalu over-react kalau benda-benda cemas macam ni berlaku..**
Rasa gundah gulana..mana nak dipanjat pulak dah ni..otak terfikir..
Kalaulah kita ni ade penyelamat macam negara omputih yang sayangkan binatang kan senang...kat sini tak ada macam tu..kalau panggil bomba pun..mesti dia SITA anak bulu saye sebab kawasan MPAJ kan tak benarkan bela haiwan peliharaan...
tambah gundah..libang libu..rase nak pingsan..nak muntah sebab pening tengok nak bulu tersangkut atas ampaian...adehh la..
**bonda memang over**
Disebabkan Pakcu Aied tak ade...dah ayah angkatnya Jan-jan juga tak dapat dihubungi kerana bersungguh-sungguh tido mati..maka bonda struggle me'rescue' anak bulu bonda sendirian..
Tak tahulah macamana dia boleh panjat..sedangkan bukan ada palang yang dia boleh step on pun..lepas tu, tak tahu plak nak turun..adehh la...
Bonda yang bijak..ambil kerusi dan panjat batu sehingga mencapai grill atas ampaian..boleh sampai pom-pom jugak...dan proses me'rescue' adelah memakan masa selama hampir setengah jam untuk pujuk dia turun..**macamlah kes pujuk orang nak bunuh diri terjun bangunan..over tau!**
Akhirnya pom-pom akur turun bertemankan pelukan bonda...
Gila struggle ibu tunggal macam saye..
Maka berakhirlah saat-saat mendebarkan itu...
dan lihatlah muke tak bersalah anak-bulu ku~
Hopefully lepas ni dia sudah tak berani nak pergi bilik ampaian lagi...
P/s: tahukah anda dimana anak bulu anda berada pada waktu ini..???sayangilah anak bulu anda...





0 comments:
Post a Comment